Manis. Org cakap jgn makan manis2. Nanti kene diabetes mellitus. Pendek kate DM. Bak kate dalam iklan dulu2. "Satu sudu sudah mencukupi.." Kene kurangkan gula. Jgn minum air manis byk2. Air gas pn kne kurgkan. Baru la hidup sihat. Tak gitu?
Eh tapi ana nak manis lain.. Manis yg soo sweet punye. Manis yang menjadi nikmat kita di dunia sambil membawa kita kesyurga. Manis yang kalau banyak2 x jadi diabetes mellitus. Whoa. Best la kan. Tapi. Manis ape tu?
Kemanisan imaan.....
Oooooo..
Best ke manis tu? Eh, sumpah best. Nk taw cane ana taw? Cube tgk org2 kt Gaza tu. hidup susah. Kne attack ngan yahudi laknatullah. Tp bak kate orang2 msia yg pg sane. Diorg happy je. Senyum je. Manis je senyuman diorg. Tu sebab kemanisan iman la tu. Haa. Best kn?
Tp camne nk rse manisnye iman tu??
Pg la kedai. Bli banyak2 gula. Eh. Bkn2.
Ade care2 die. Meh ana ajar.
عَنْ أَنَسٍ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: ثَلاَثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ بِهِنَّ حَلاَوَةَ الإِيمَانِ: مَنْ كَانَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لاَ يُحِبُّهُ إِلاَّ لِلَّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ بَعْدَ أَنْ أَنْقَذَهُ اللَّهُ مِنْهُ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ
Ertinya:
“Dari Anas bin Malik RA, bersabda Rasulullah SAW: “Tiga perkara apabila terdapat pada diri seseorang, ia merasai kemanisan iman: Siapa yang cintanya kepada Allah dan Rasul lebih dari cintanya kepada yang lain; siapa yang cintanya kepada orang lain hanya kerana Allah (dan bukan kerana suatu tujuan duniawi); dan ia membenci kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkannya (dari kekufuran), sebagaimana bencinya akan dicampakkan ke dalam api.”
(HR. Muslim)
Haa. Tu. 3 benda kita kena buat. Buat 3 benda nh. Rasela manissssnye iman.
1: Siapa yang cintanya kepada Allah dan Rasul lebih dari cinta kepada yang lain.
Haa. Bercinta. Bkn cinta monyet. Bkn cinta bercouple. Tp cinta yang suci. Kita kena bercinta ngan Allah dan Rasul. Kita sekarang nh banyak terexposed dengan gejala2 couple. Couple tu couple nh. So bile cinta, cinta ngan perempuan. Cinta dengan laki. Lagu2 cinta pun bukan main lagi. "Cinta beribu tahun" padahal umurpn 100 tahun pun belum tentu smpai. Daripada kita bercinta dengan makhluk-Nya, apa kata kita bercinta dengan Pencipta. Lagi bagus. Belajar lah untuk mencintai Allah dan Rasul. Kenal Allah. Kenal Rasul. Bak kate pepatah "tak kenal maka xcinta" ingat Allah. Rindu Rasul.
Tapi memang lumrah manusia kan. Tertarik dengan jantina opposite.
Memang. Itu ana xnafi. Kalau xtertarik tak normal tu. bak kate kawan ana. "Bengkok". Eh.
"...lebih dari cinta kepada yang lain."
Haaa. Bule cinta benda lain. Tapi cinta kepada Allah dan Rasul lebih lagi. Barulah mantap. Dahulukan Allah dan Rasul. Cinta Allah dan Rasul secinta2nya. Barulah cinta benda lain. Bile camtu, cinta kita xkan terpesong. Cinta kita kepada orang lain akan masuk kedalam jenis cinta yang diterangkan dalam tips kedua. Haaa. Ape tips nombor 2?
2: siapa yang cintanya kepada orang lain hanya kerana Allah.
MashaAllah. Cinta kerana Allah. Camne tu? Haa. Kita cinta kerana Allah. Cinta orang sebab keimanan dia. Cinta orang sebab agama dia. Cinta orang lain sebab Allah. Maknenya kita cinta orang lain tu sebab orang tu bawak kita ke Allah. Kita cinta orang lain dengan membawa dia ke Allah. Kita jatuh cinta kepada dia sebab dia membawa agama Allah. Bila kita dah cinta Allah dan Rasul, senang je kita nak cinta orang kerana Allah. Baca "surat cinta" yang Allah turunkan kepada kita. Mantapkan hati kita dengan keindahan Allah dan Rasul, senang hati kita nak jatuh cinta kerana Allah. :-)
3: ia membenci kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkannya (dari kekufuran), sebagaimana bencinya akan dicampakkan ke dalam api.
Tips ketiga.
"Eh bestnye die pegang2 tangan. Peluk2. Ako xleh bt cmtu. Sabar2."
"Whoa gile ah clubbing menari syok2. Kan best klu ako bule bt cmtu. Bule gi enjoy2. Daripada duk berusrah je. Duk dengar ceramah je."
"Sedapnya dia tido smpai tengahari. Ako kne bangun pagi2. Solat subuh. Aduh xbest la. Menyusahkan tul."
Haaa. Tgk. Situasi2 di atas ni, kita ade buat benda jahiliyah x? X kan? Kita xbercouple. Kita xberclubbing. Kita xtinggal solat subuh. Tapi pemikiran kita salah. Cara kita melihat tu salah. Kanta kita salah. Kita patut membencinya. Ish benci ya couple. Ish bencinya dating. Ish bencinya clubbing. Salurkan benci2 kita ke benda2 jahiliyah. Kita dengar member2 duk borak2 pasal awek2 cun. Kita patus rase meluat. Bukan rase nk dgr. Benci pada maksiat. Baru la mantap. Barulah dapat rase manisnya iman.
Tapi camne nak benci benda yg best.
Erk.
Yang mengatakan best tu nafsu. Kita kne pandang jauh. Best couple? Best clubbing? Best ponteng solat? Cube tanye. Best kne humban masuk neraka? Best x? Best kn? Best gile kn? Haa sebab tu la sabda Rasulullah "...bencinya akan dicampakkan ke api. "
Kita xsedar. Benda2 best tu datang pakej. Buy 1 free 1. Buy maksiat free api neraka. Bila kita sedar. Bila kita faham fakta tu. barulah senang kita nak membencinya.
Senyum.
Moga Allah memasukkan rasa cinta kepadaNya dan RasulNya kedalam hati kita
Moga Allah menjadikan cinta kepada yang keranaNya
Moga Allah memasukkan kedalam hati kita perasaan benci kepada kemaksiatan dan kejahilliyan.
Dan last sekali moga Allah mengurniakn kita nikmat kemanisan iman.
Amiiin.
Marilah sama2 kita mengejar kemanisan iman.
2024
2 weeks ago