Sunday, December 16, 2012

Sooo sweeet!!! Mellitusnyeeee!!!

Manis. Org cakap jgn makan manis2. Nanti kene diabetes mellitus. Pendek kate DM. Bak kate dalam iklan dulu2. "Satu sudu sudah mencukupi.." Kene kurangkan gula. Jgn minum air manis byk2. Air gas pn kne kurgkan. Baru la hidup sihat. Tak gitu?

Eh tapi ana nak manis lain.. Manis yg soo sweet punye. Manis yang menjadi nikmat kita di dunia sambil membawa kita kesyurga. Manis yang kalau banyak2 x jadi diabetes mellitus. Whoa. Best la kan. Tapi. Manis ape tu?

Kemanisan imaan.....


Oooooo..

Best ke manis tu? Eh, sumpah best. Nk taw cane ana taw? Cube tgk org2 kt Gaza tu. hidup susah. Kne attack ngan yahudi laknatullah. Tp bak kate orang2 msia yg pg sane. Diorg happy je. Senyum je. Manis je senyuman diorg. Tu sebab kemanisan iman la tu. Haa. Best kn?

Tp camne nk rse manisnye iman tu??

Pg la kedai. Bli banyak2 gula. Eh. Bkn2.
Ade care2 die. Meh ana ajar.

عَنْ أَنَسٍ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: ثَلاَثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ بِهِنَّ حَلاَوَةَ الإِيمَانِ: مَنْ كَانَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لاَ يُحِبُّهُ إِلاَّ لِلَّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ بَعْدَ أَنْ أَنْقَذَهُ اللَّهُ مِنْهُ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ

Ertinya:

“Dari Anas bin Malik RA, bersabda Rasulullah SAW: “Tiga perkara apabila terdapat pada diri seseorang, ia merasai kemanisan iman: Siapa yang cintanya kepada Allah dan Rasul lebih dari cintanya kepada yang lain; siapa yang cintanya kepada orang lain hanya kerana Allah (dan bukan kerana suatu tujuan duniawi); dan ia membenci kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkannya (dari kekufuran), sebagaimana bencinya akan dicampakkan ke dalam api.”

(HR. Muslim)

Haa. Tu. 3 benda kita kena buat. Buat 3 benda nh. Rasela manissssnye iman.

1: Siapa yang cintanya kepada Allah dan Rasul lebih dari cinta kepada yang lain.

Haa. Bercinta. Bkn cinta monyet. Bkn cinta bercouple. Tp cinta yang suci. Kita kena bercinta ngan Allah dan Rasul. Kita sekarang nh banyak terexposed dengan gejala2 couple. Couple tu couple nh. So bile cinta, cinta ngan perempuan. Cinta dengan laki. Lagu2 cinta pun bukan main lagi. "Cinta beribu tahun" padahal umurpn 100 tahun pun belum tentu smpai. Daripada kita bercinta dengan makhluk-Nya, apa kata kita bercinta dengan Pencipta. Lagi bagus. Belajar lah untuk mencintai Allah dan Rasul. Kenal Allah. Kenal Rasul. Bak kate pepatah "tak kenal maka xcinta" ingat Allah. Rindu Rasul.

Tapi memang lumrah manusia kan. Tertarik dengan jantina opposite.

Memang. Itu ana xnafi. Kalau xtertarik tak normal tu. bak kate kawan ana. "Bengkok". Eh.

"...lebih dari cinta kepada yang lain."

Haaa. Bule cinta benda lain. Tapi cinta kepada Allah dan Rasul lebih lagi. Barulah mantap. Dahulukan Allah dan Rasul. Cinta Allah dan Rasul secinta2nya. Barulah cinta benda lain. Bile camtu, cinta kita xkan terpesong. Cinta kita kepada orang lain akan masuk kedalam jenis cinta yang diterangkan dalam tips kedua. Haaa. Ape tips nombor 2?

2: siapa yang cintanya kepada orang lain hanya kerana Allah.

MashaAllah. Cinta kerana Allah. Camne tu? Haa. Kita cinta kerana Allah. Cinta orang sebab keimanan dia. Cinta orang sebab agama dia. Cinta orang lain sebab Allah. Maknenya kita cinta orang lain tu sebab orang tu bawak kita ke Allah. Kita cinta orang lain dengan membawa dia ke Allah. Kita jatuh cinta kepada dia sebab dia membawa agama Allah. Bila kita dah cinta Allah dan Rasul, senang je kita nak cinta orang kerana Allah. Baca "surat cinta" yang Allah turunkan kepada kita. Mantapkan hati kita dengan keindahan Allah dan Rasul, senang hati kita nak jatuh cinta kerana Allah. :-)

3: ia membenci kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkannya (dari kekufuran), sebagaimana bencinya akan dicampakkan ke dalam api.

Tips ketiga.

"Eh bestnye die pegang2 tangan. Peluk2. Ako xleh bt cmtu. Sabar2."

"Whoa gile ah clubbing menari syok2. Kan best klu ako bule bt cmtu. Bule gi enjoy2. Daripada duk berusrah je. Duk dengar ceramah je."

"Sedapnya dia tido smpai tengahari. Ako kne bangun pagi2. Solat subuh. Aduh xbest la. Menyusahkan tul."

Haaa. Tgk. Situasi2 di atas ni, kita ade buat benda jahiliyah x? X kan? Kita xbercouple. Kita xberclubbing. Kita xtinggal solat subuh. Tapi pemikiran kita salah. Cara kita melihat tu salah. Kanta kita salah. Kita patut membencinya. Ish benci ya couple. Ish bencinya dating. Ish bencinya clubbing. Salurkan benci2 kita ke benda2 jahiliyah. Kita dengar member2 duk borak2 pasal awek2 cun. Kita patus rase meluat. Bukan rase nk dgr. Benci pada maksiat. Baru la mantap. Barulah dapat rase manisnya iman.

Tapi camne nak benci benda yg best.

Erk.

Yang mengatakan best tu nafsu. Kita kne pandang jauh. Best couple? Best clubbing? Best ponteng solat? Cube tanye. Best kne humban masuk neraka? Best x? Best kn? Best gile kn? Haa sebab tu la sabda Rasulullah "...bencinya akan dicampakkan ke api. "

Kita xsedar. Benda2 best tu datang pakej. Buy 1 free 1. Buy maksiat free api neraka. Bila kita sedar. Bila kita faham fakta tu. barulah senang kita nak membencinya.

Senyum.

Moga Allah memasukkan rasa cinta kepadaNya dan RasulNya kedalam hati kita

Moga Allah menjadikan cinta kepada yang keranaNya

Moga Allah memasukkan kedalam hati kita perasaan benci kepada kemaksiatan dan kejahilliyan.

Dan last sekali moga Allah mengurniakn kita nikmat kemanisan iman.

Amiiin.

Marilah sama2 kita mengejar kemanisan iman.


Saturday, December 15, 2012

Fuuuh

Ehem ehem....

Bersarang labah2

Berdebu tebal 2 inci

Berlipas cengkerik

Erm. Point die nk cakap da lame x bukak blog nh.. Lame sangat. Lebih dua tahun. Lame tu. Hmmm. Bukak2, bacela post2 dahulu. Tersengih sorg2. Tergelak2 kecil. Tetiba....

Sedih. Sedih.

Adakah ini ana? Anakah ini? Adakah ana yang taip post2 ini dulu? Apakah yang ana buat sebelum ni? Apa ana jadi sebelum ini? Astaghfirullah..

Lagha

Lewa

Futur

Leka

Teruk. Teruk... Nama je Islam tapi xigt Allah. Lupa Allah. Leka dengan nikmat dunia. Dihanyut magnet2 keenakan dunia. Xpernah fikirkan akhirat.

MashaAllah. Astaghfirullah..

Lalu ana terfikir.. Kata2 seorang akhi.. Ana pernah mengadu hal ni. Ana ckp ngan die ana jahat. Banyak dosa. Banyak buat maksiat. Die btaw ana.

"Kita sume ade buat salah. Tapi kita kena igt. Allah masih sayangkan kita. Bukti? Kita masih hidup. Allah bagi kesedaran kt kita. Bagi kita masa. Bagi kita peluang. Bagi kita ruang untuk bertaubat. Kalau Allah xsayang kita. Da lame da die matikan kita. " (lebih kurangla ayat die)

Nanges. Belinang air mate ana ketika itu..


Benarlah kate dia. Allah masih sayangkan kita.

Allah kan Maha Penyayang.

Senyum.

Kita banyak melupakan Dia.
Dia masih ingat kt kita.
Kita banyak ingkar perintah Dia.
Dia masih ingat kt kita.
Kita banyak lakukan larangan-Nya.
Dia masih ingat kt kita.

Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah. Terima kasih kerana memberi peluang kepada ana untuk berubah.
Terima kasih kerana memberi ana ruang untuk bertaubat.
Terima kasih kerana memberi ana masa untuk mengingatiMu.

TERIMA KASIH YA ALLAH!!!!

Senyum..

Kepada antum2 diluar sana dan juga kepada diri ana sendiri.
Rebutlah peluang untuk bertaubat.
Rebutlah peluang untuk beramal.
Jangan sia2kan peluang ini. Mahukah nanti kelak Allah mensia2kan kita di akhirat kelak? Tentu tidak mahu kan.
Mari kita berhijrah.
Bangkitlah wahai akhi2 sekalian..
Bangkitlah sementara pintu taubat masih terbuka.
Bangkitlah!!!

Allahu Akbar !!

Senyum.....